Program Sambutan Hari Malaysia

17 September 2020 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Hari Malaysia telah diadakan pada 15 September 2020 bersamaan hari selasa. Program ini aalah anjuran kerjasama dengan Pihak JKKK taman Sepakat Jaya bagi memeriahkan Bulan hari Malaysia yang diadakan pada setiap tahun pada tarikh 16 September. Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Kemerdekaan Antara Blok, Pertandingan kemerdekaan Antara Rumah, dan Pertandingan Mewarna.

Program pertandingan mewarna telah diadakan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, telah disertai seramai 20 peserta. 10 peserta adalah kategori sekolah rendah dan 10 peserta untuk kategori sekolah menengah. Hadiah disampaikan kepada peserta pada hari tersebut juga, manakala untuk Pertandingan Kemerdekaan Antara Blok dan Pertandingan Kemerdekaan Antara Rumah pula, hadiah disampaikan pada tarikh 16 september 2020. Program sambutan Hari Malaysia tersebut telah mendapat banyak sambutan setelah mendapat pelbagai penyertaan dari komuniti taman Sepakat Jaya, dan Puhak JKKK Taman Sepakat Jaya akan mempertimbangkan untuk mengadakan Program tersebut pada setiap tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali